Ahad, 21 Februari 2010

Selamat Tahun Baru!!!


Ahad, 14 feb 2010, Selamat Tahun Baru Cina, Diddy ucapan kepada warga Tiong Wa yang menyambut Perayaan tersebut.

Cukup seronok juga Tahun Baru cina tahun ini, Diddy dapat meluangkan masa bersama Rakan setugas RPTV iaitu Espalini & Hayati, Unit Berita Kuala Belait Iaitu Linda & Khatijah dan tidak lupa 2 Crew RMF Production, Khai & Iqbal dalam merakam suasana Tahun Baru Cina di sekitar Kuala Belait.

Destinasi Pertama Diddy bersama dengan Semua Crew ialah OGDC Seria. Ketibaan kami disambut dengan meriah sekali oleh Pertugas – pertugas bahagian Education OGDC. Kami difahamkan banyak aktiviti yang telah pun di ungkayahkan oleh bahagian tersebut. Contohnya Hidden Fortune & Gold Coin Guess, Ang Pow Lattern, Lion Dance Performence dan juga Karate performerce.

Disamping itu, crew sempat juga mengikuti dalam aktiviti Angpow Lattern yang di pecahkan dalam 2 team. Yang perempuan dengan kumpulannya dan yang lelaki, biasalah dengan geng nya. Apa pun seronok jugak, bukan saja dapat belajar sesuatu yang baru, tapi inilah juga salah satu cara untuk merapatkan lagi “ Team Work” bersama dengan rakan – rakan yang lain.

Kami berakhir kira – kira jam 12 tengah hari, apa pun saya ucapan tahniah kepada Geng Lelaki yang telah pun Berjaya dalam membuat hasil Kraf yang entah saya pun tidak tahu apa kah minatang nya..

Selepas itu, kami pun bergerak ke beberapa buah rumah dikawasan lumut untuk menghadiri rumah terbuka salah seorang rakan dari Unit Berita. Apa yang Diddy dapat rasakan ialah, miskipun perayaan yang cukup berbeza dari hari raya, akan tetapi tujuan dan nawaiitu tetap sama dalam menyambut perayaan tersebut. Kami cukup bertuah pada masa itu, kami berpeluang beraya bersama Pegawai Daerah Belait Awg Hj Jamain Bin Momin.

Apa pun dari saya,itu kemeriahan yang dapat kita rasakan walaupun berlainan bangsa dan agama. Yang penting kehormonian dalam berbangsa dan sikap memperliahatan apa dia Negara Brunei Darussalam itu sebenarnya. Dibawah Payung dan Panji yang sama, berbilang kaum memupuk semangat yang ada, menyokong padu Negaraku Brunei Darussalam.

Tiada ulasan: