Salam semua...
Issue kali ini, Diddy telah pun membuat pendekatan mengenai Sistem Pembelajaran “TRENGKAS” yang telah pun Diddy ikuti pada 10 Feb 2010 bersama rakan setugas iaitu Espalini Jali. Kelas ini diadakan di Sekolah Ahmad Tajuddin Kuala Belait yang bermula dari jam 5.15 petang hingga 8 malam. Kelas ini diadakan 2 kali seminggu tertakluk mengikuti jadual yang telah pun diadakan. Apa pun sekarang, Diddy kupas sedikit mengenai apa dia Sistem pembelajaran “Trengkas” tersebut.
Perkataan “Trengkas” adalah berasal daru 2 perkataan yang disatukan iaitu “Tulisan Ringkas”. Trengkas melayu kaedah “Gregg” ini mula diperkenalankan pada masyarakat dalam tahun 1952.
Orang yang mula mencipta dan memperkenalkan tulisan Trengkas Sistem Gregg ini ialah seorang yang berbangsa Amerika iaitu DR.JOHN ROBERT GREGG. Untuk pengatahuan awda, trengkas dipergunakan dan bertugas sebagai system penulisan yang cekap dan bertanggungjawab dalam seseuatu Kementerian – kementerian dan Jabatan – Jabatan hingga membawa ke siding Parlimen. Sekiranya kita boleh menulis dalam bahasa rumi dengan pantas dan cekap, maka trengkas juga membolehkan kita menulis dengan lebih cepat dalam masa yang sungguh singkat.
Mungkin ada yang tertanya – Tanya, mengapa kita harus memperlajari system penulisan “trengkas”. Sebenarnya tidak jauh bezanya dengan system pernulisan yang selalu kita gunakan Cuma trengkas mempunyai gaya penulisan yang jauh cukup berbeza dari gaya penulisan rumi akan tetapi mempunyai maskud yang sama. Mungkin ada yang binggung memikirkan apa sebenarnya yang berbeza antara trengkas dan tulisan rumi yang lain. Bezanya adalah dari lakaran dan gurisannya dari huruf A hinggalah z dan juga, ejaan – ejaan trengkas diciptakan berdasarkan hokum dan rentak bunyi ( phonetics)
Kegunaan trengkas adalah sangat berguna dalam majlis – majlis seperti Masyuarat, mencatat ceramah – ceramah, berita, rencana, laporan dan apa pun yang berkaitan dengannya akan tetapi bukan dalam penulisan rumi tapi dalam bentuk lakaran – lakaran yang mempunyaai maksud.