Sabtu, 13 Februari 2010

PROGRAM QIAMULLAIL SEKOLAH UGAMA ( BSM ) PENGIRAN JAYA NEGARA PENGIRAN HAJI ABU BAKAR. MUMONG KUALA BELAIT.


Sabtu 13 Feb 2010, jam 2 ptg telah berlangsungnya “Program Qiamullail Sekolah Ugama BSM Pg Jaya Negara Pg Hj Abu Bakar Mumong, Kuala belait yang bertempat di Masjid RPN Kampong Pandan Kuala Belait. Seramai 80 Penuntut dan 8 guru selaku pengawas penuntut dibantu oleh beberapa Pegawai masjid telahpun mengambil bahagian dalam Program ini.

Diantara objektif Program ini diadakan ialah sebagai pendedahan mengenai aktiviti ko-kurikulum kegiatan luar bilik darjah. Dengan itu jua menimbulkan kesedaran bahawa bertapa pentingnya ibadah dalam kehidupan seharian. Dengan adanya program ini, dapat menlahirkan murid – murid ataupun generasi yang celik mengenai hukum agama dan diharap boleh menjadi pembimbing kepada rakan – rakan sekeliling.

Antara aturacara yang telahpun disusun dalam program ini ialah seperti, Program membaca Al- Quran & Tasmik bacaan Surah Al Fatihah, Penerangan dan Pratikal Sembahyang Jenazah , Membaca Surah Yassin dan Tahlil dan juga Penerangan Sembahyang Tahajjud, Tasbih, Hajat dan Witir.

Program ini berakhir pada hari Ahad selepas selasainya sembahyang fardhu subuh yang mana di akhiri dengan bacaan Doa selamat Oleh salah seorang pelajar Darjah 6 Muhd Hadi Raihan Bin Khalid.

“ Qimullail adalah salah satu cirri kelebihan orang yang soleh dan dijamin sebagai ahli syurga. Mereka tidak pernah meninggalkannya termasuk ketika jihad dan dalam perjalanan. Mereka sedah bahawa Qiamullail mempunyai kelebihan dan pahala. Apa yang pasti Allah SWT bangga terhadap hambanya yang sembahyang malam dihadapan para – para malaikat. Pintu - pintu langit terbuka lebar bagi hambanya yang munajat malam dalam keheningan malam. Oleh itu mudah- mudahan melalui pekara ini kita dapat sama – sama merebut peluang keemasan yang telah dijanjikan oelh Allah SWT kepada hamba – hamba yang berqiamullail ini ..Amin...”