Selasa, 5 Mei 2009

Eh Cerita Panas dari Brunei Fm


Alahai, macam macam cerita artis tanahair. Ada yang berpecah, ada yang tidak diketahui kerakyatannya, ada yang tukar career jadi magician?! Macam macam yang Brunei FM selongkar minggu ini.

Kumpulan THE SEEDS, mungkin sekarang awda boleh panggil dengan gelaran THE SEED, kerana menurut penyanyi kumpulan tersebut, THE SEEDS telah dibubarkan. Memang mengejutkan! Tambahan lagi lagu mereka ‘Cerita Aku Dan Dia’ masih HOT pada waktu ini. Jadi apa yang sebenarnya berlaku?

Kemudian satu lagi yang memeningkan penyokong artis tanahair - isu kerakyatan seorang artis wanita popular tanahair. Beliau pernah menjuarai pertandingan nyanyian, dan memenangi beberapa anugerah, sebagai penglibatan beliau di persada seni tanahair. Memang mengejutkan apabila menyaksikan beliau baru-baru ini berentap di Istana Budaya Malaysia, dalam satu pertandingan nyanyian, dan beliau mewakili Malaysia? Apa sebenarnya status kerakyatan diva muda ini?

Walaupun penerimaan orang ramai terhadap artis tempatan kita memang memberangsangkan, agak terkilan juga apabila melihat segelintir artis tanahair kita yang berputus asa. Pada tahun lepas, sebuah kumpulan Hip-Hop negara telah melancarkan album mereka. Dan memang memeranjatkan apabila Brunei FM baru-baru ini terserempak dengan beberapa ahli kumpulan tersebut membuat persembahan Silap Mata (magic show) untuk orang ramai! Bertukar karier kah?
*SEMUA CERITA DIAMBIL DARI WWW.BRUNEI.FM.COM *TO SEE MORE GREAT NEWS JUST GO TO BRUNEI.FM.COM

Tiada ulasan: