Rabu, 25 Februari 2009

Apa yang kita perlu tahu dan pelajari dalam kehidupan ini


1) Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2) Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalahsekadar apa yang ada atau tidurlahseberapa lama yang anda perlu

3) Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

4) Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

5) Percayailah cinta pandang pertama.

6) Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memilikiapa-apa.

7) Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpunanda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkankehidupan ini.

8) Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlahmenyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

9) Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

10) Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

11) Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

12) Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkanpengorbanan dan risiko yang besar.

13) Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

14) Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

15) Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengahuntuk perbetulkan kesalahan itu.

16) Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

So apa tah yang sudah kamu pelajari???and ada dah yang membuat nya???

Tiada ulasan: