Ahad, 21 Februari 2010

Next Pit Stop

Ahad, 14 Feb 2010, 5 ptg, setelah penat mengunjungi Rumah Terbuka CNY bersama DO dan Crew pagi tadi, tibalah masa untuk pulang. Akan tetapi Diddy dengan Espalini sempat berhenti sekejap di Eng Hong Kuala Belait yang terletak di Jalan Maulana Pandan 6.

Apa yang dapat disaksikan , keadaan memang cukup meriah, Tarian Naga bukan saja menjadi Simbol penting pada Masyarakat Cina tapi menjadi daya tarikan kepada semua masyarakat miskipun Melayu dan warga asing. Ini kerana ada sesuatu yang Diddy dapat baca pada setiap gerakkan Tarian tersebut. Ia bukan hanya sesuatu yang menjadi kepercayaan pada masyarakat Cina tetapi ada “massage” yang disampaikan dalam tarian tersebut.

Tapi itulah sukar untuk diungkap pada kata – kata. Oh ya, sebelum Diddy lupa “i spot someone yang Diddy benar – benar kenal. Miskipun ia selalu cuba lari dan menyembunyikan Identitinya, well now..you on my Cam bro!!!hehehe..


Mau tau siapa?? He Is Vance Tan. Salah seorang official Blogger yang selalu update mengenai keadaan di Daerah Belait. Dan untuknya juga Happy Chinese New Year!! GONG XI FA CHAI!!

PS: Vance Your on Paparazi Conner!!!

Selamat Tahun Baru!!!


Ahad, 14 feb 2010, Selamat Tahun Baru Cina, Diddy ucapan kepada warga Tiong Wa yang menyambut Perayaan tersebut.

Cukup seronok juga Tahun Baru cina tahun ini, Diddy dapat meluangkan masa bersama Rakan setugas RPTV iaitu Espalini & Hayati, Unit Berita Kuala Belait Iaitu Linda & Khatijah dan tidak lupa 2 Crew RMF Production, Khai & Iqbal dalam merakam suasana Tahun Baru Cina di sekitar Kuala Belait.

Destinasi Pertama Diddy bersama dengan Semua Crew ialah OGDC Seria. Ketibaan kami disambut dengan meriah sekali oleh Pertugas – pertugas bahagian Education OGDC. Kami difahamkan banyak aktiviti yang telah pun di ungkayahkan oleh bahagian tersebut. Contohnya Hidden Fortune & Gold Coin Guess, Ang Pow Lattern, Lion Dance Performence dan juga Karate performerce.

Disamping itu, crew sempat juga mengikuti dalam aktiviti Angpow Lattern yang di pecahkan dalam 2 team. Yang perempuan dengan kumpulannya dan yang lelaki, biasalah dengan geng nya. Apa pun seronok jugak, bukan saja dapat belajar sesuatu yang baru, tapi inilah juga salah satu cara untuk merapatkan lagi “ Team Work” bersama dengan rakan – rakan yang lain.

Kami berakhir kira – kira jam 12 tengah hari, apa pun saya ucapan tahniah kepada Geng Lelaki yang telah pun Berjaya dalam membuat hasil Kraf yang entah saya pun tidak tahu apa kah minatang nya..

Selepas itu, kami pun bergerak ke beberapa buah rumah dikawasan lumut untuk menghadiri rumah terbuka salah seorang rakan dari Unit Berita. Apa yang Diddy dapat rasakan ialah, miskipun perayaan yang cukup berbeza dari hari raya, akan tetapi tujuan dan nawaiitu tetap sama dalam menyambut perayaan tersebut. Kami cukup bertuah pada masa itu, kami berpeluang beraya bersama Pegawai Daerah Belait Awg Hj Jamain Bin Momin.

Apa pun dari saya,itu kemeriahan yang dapat kita rasakan walaupun berlainan bangsa dan agama. Yang penting kehormonian dalam berbangsa dan sikap memperliahatan apa dia Negara Brunei Darussalam itu sebenarnya. Dibawah Payung dan Panji yang sama, berbilang kaum memupuk semangat yang ada, menyokong padu Negaraku Brunei Darussalam.

FORUM KHAS MAULIDURRASUL 1431H



Sabtu 13 Feb 2010, telah berlangsungnnya Forum Khas Maulidurrasul 1431H, bertempat di Taman Baru Persiaran Kuala Belait.

Penceramah undangan pada malam tersebut ialah Dato Ustaz Dr. Hj Ismail Bin Kamus yang membawakan topic iaitu “ Perpaduan masyarakat Majmuk menjana kecemerlangan” dan juga amat bertuah Pegawai Daerah Belait Awg Hj Jamain Bin Momin pun sama ada menjayakan forum tersebut.

Forum tersebut adalah anjuran Majlis Belia Daearah Belait dan juga BLNG dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait. Diddy amat tetarik dalam apa yang telah disampaikan dan harap pada yang turut hadir, dapatlah mengambil iktibar dalamapa yang sudah disampaikan.

“ Selamat Menyambut Maulidurrasul 1431H”


bzzz..bzzz..dan sibuk...

salam semua..

apa pun mohon maaflah sekiranya tebengkalai buat seketika,tapi diddy janji tuk terus update apa yang belaku..disekeliling...Teriimas

Sabtu, 13 Februari 2010

PROGRAM QIAMULLAIL SEKOLAH UGAMA ( BSM ) PENGIRAN JAYA NEGARA PENGIRAN HAJI ABU BAKAR. MUMONG KUALA BELAIT.


Sabtu 13 Feb 2010, jam 2 ptg telah berlangsungnya “Program Qiamullail Sekolah Ugama BSM Pg Jaya Negara Pg Hj Abu Bakar Mumong, Kuala belait yang bertempat di Masjid RPN Kampong Pandan Kuala Belait. Seramai 80 Penuntut dan 8 guru selaku pengawas penuntut dibantu oleh beberapa Pegawai masjid telahpun mengambil bahagian dalam Program ini.

Diantara objektif Program ini diadakan ialah sebagai pendedahan mengenai aktiviti ko-kurikulum kegiatan luar bilik darjah. Dengan itu jua menimbulkan kesedaran bahawa bertapa pentingnya ibadah dalam kehidupan seharian. Dengan adanya program ini, dapat menlahirkan murid – murid ataupun generasi yang celik mengenai hukum agama dan diharap boleh menjadi pembimbing kepada rakan – rakan sekeliling.

Antara aturacara yang telahpun disusun dalam program ini ialah seperti, Program membaca Al- Quran & Tasmik bacaan Surah Al Fatihah, Penerangan dan Pratikal Sembahyang Jenazah , Membaca Surah Yassin dan Tahlil dan juga Penerangan Sembahyang Tahajjud, Tasbih, Hajat dan Witir.

Program ini berakhir pada hari Ahad selepas selasainya sembahyang fardhu subuh yang mana di akhiri dengan bacaan Doa selamat Oleh salah seorang pelajar Darjah 6 Muhd Hadi Raihan Bin Khalid.

“ Qimullail adalah salah satu cirri kelebihan orang yang soleh dan dijamin sebagai ahli syurga. Mereka tidak pernah meninggalkannya termasuk ketika jihad dan dalam perjalanan. Mereka sedah bahawa Qiamullail mempunyai kelebihan dan pahala. Apa yang pasti Allah SWT bangga terhadap hambanya yang sembahyang malam dihadapan para – para malaikat. Pintu - pintu langit terbuka lebar bagi hambanya yang munajat malam dalam keheningan malam. Oleh itu mudah- mudahan melalui pekara ini kita dapat sama – sama merebut peluang keemasan yang telah dijanjikan oelh Allah SWT kepada hamba – hamba yang berqiamullail ini ..Amin...”


Khamis, 11 Februari 2010

Malam bulan di Pagar bintang....



The future is something no one knows,
It is just time that comes and goes,
It is a time that has to come,
No matter what is said or done.
When we think of tomorrow,
Will there be joy,
will there be sorrow?
No one can tell, no one can say for it....
But an unknown day....
Time will come when loved ones go,
But life is just so and so,
We'll have to live,
Good or bad,
Happy or sad...
We cannot always think of the past,
For years go so very fast,
No matters what tomorrow will be,
It is today that we must see...

kLip on RPTV (LIVE)

Salam semua....

kali ani kan membawa sedikit cerita mengenai kLip...well just wana say wel come to Khai our new Drummer...banar nya banyak lagi yang ingin diceritakan tapi galih ku kan bercerita..wel ani some gambar yang have been diterjah semasa pengambaran RPTV KB semasa new comming singel of "superhero komik" yang lain terus layari :-

www.ok-kLip.blogspot.com or facebook kLip aite..yang mana gambar ani will be publish sana lagi..




so ani issu tuk kali ani more to come..sowe aite sedikit cerita nya sal byk function kan diambil..bye....

xxxpeaceoutxxx

Sistem Pembelajaran “TRENGKAS”

Salam semua...
Issue kali ini, Diddy telah pun membuat pendekatan mengenai Sistem Pembelajaran “TRENGKAS” yang telah pun Diddy ikuti pada 10 Feb 2010 bersama rakan setugas iaitu Espalini Jali. Kelas ini diadakan di Sekolah Ahmad Tajuddin Kuala Belait yang bermula dari jam 5.15 petang hingga 8 malam. Kelas ini diadakan 2 kali seminggu tertakluk mengikuti jadual yang telah pun diadakan. Apa pun sekarang, Diddy kupas sedikit mengenai apa dia Sistem pembelajaran “Trengkas” tersebut.

Perkataan “Trengkas” adalah berasal daru 2 perkataan yang disatukan iaitu “Tulisan Ringkas”. Trengkas melayu kaedah “Gregg” ini mula diperkenalankan pada masyarakat dalam tahun 1952.

Orang yang mula mencipta dan memperkenalkan tulisan Trengkas Sistem Gregg ini ialah seorang yang berbangsa Amerika iaitu DR.JOHN ROBERT GREGG. Untuk pengatahuan awda, trengkas dipergunakan dan bertugas sebagai system penulisan yang cekap dan bertanggungjawab dalam seseuatu Kementerian – kementerian dan Jabatan – Jabatan hingga membawa ke siding Parlimen. Sekiranya kita boleh menulis dalam bahasa rumi dengan pantas dan cekap, maka trengkas juga membolehkan kita menulis dengan lebih cepat dalam masa yang sungguh singkat.

Mungkin ada yang tertanya – Tanya, mengapa kita harus memperlajari system penulisan “trengkas”. Sebenarnya tidak jauh bezanya dengan system pernulisan yang selalu kita gunakan Cuma trengkas mempunyai gaya penulisan yang jauh cukup berbeza dari gaya penulisan rumi akan tetapi mempunyai maskud yang sama. Mungkin ada yang binggung memikirkan apa sebenarnya yang berbeza antara trengkas dan tulisan rumi yang lain. Bezanya adalah dari lakaran dan gurisannya dari huruf A hinggalah z dan juga, ejaan – ejaan trengkas diciptakan berdasarkan hokum dan rentak bunyi ( phonetics)

Kegunaan trengkas adalah sangat berguna dalam majlis – majlis seperti Masyuarat, mencatat ceramah – ceramah, berita, rencana, laporan dan apa pun yang berkaitan dengannya akan tetapi bukan dalam penulisan rumi tapi dalam bentuk lakaran – lakaran yang mempunyaai maksud.